GKP 3.0 Bagi Mereka yang Tidak Layak GKP 1 dan 2 | Berita gembira untuk para usahawan kecil dan sederhana yang tidak layak memohon GKP 1.0 dan juga GKP 2.0, Mengikut sedang media oleh Perdana Menteri pada 17/3/2021 pihak kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada mereka yang tidak pernah menerima bantuan GKP 1 dan Juga GKP 2.
GKP 3.0 Bagi Mereka yang Tidak Layak GKP 1 dan 2
Bantuan GKP 3.0 ini akan dinikmati oleh lebih daripada 1 juta PKS dan permohonan boleh dibuat bermula pada 1 April 2021 yang kami akan kemaskini dari masa ke sama.
Kaedah Pembayaran
- Mereka yang layak akan menerima bantuan secara one off terus kedalam akaun anda berjumlah RM1000.
- Wang akan dikredikan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima seperti yang telah didaftarkan.
- Pembayaran akan diberikan kepada pengguna akaun bank yang aktif sahaja.
Rujukan sebelum memohon
Sila pastikan anda memasukkan no pendaftaran peniagaan dengan betul dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh pihak LHDN.