Sunday, September 24, 2023
HomeBerita KerjayaGKP 2.0 Disalurkan Mulai 30 November

GKP 2.0 Disalurkan Mulai 30 November

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

GKP 2.0 Disalurkan Mulai 30 November | Berita gembira kepada mereka yang memohon Geran Khas Prihatin 2.0 pihak kerajaan hari ini telah mengumumkan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM3,000 secara one-off kepada 304,000 PKS Micro yang layak bermula 30 November ini.

Tempoh permohonan GKP 2.0 telah dibuka di antara 1 hingga 31 October 2020 yang lepas dan bagi memastikan setiap pemohon PKS micro yang benar-benar layak menerima bantuan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan setiap permohonan akan di diverifikasi dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk PBT dan juga SSM.

Susulan daripada itu hampir 304,000 PKS micro layak menerima GKP 2.0 dan iaitu melebihi sasaran asal iaitu 200,000 PKS Micro.

Sehubungan dengan itu pihak kerajaan menganggarkan peruntukan GKP 2.0 adalah sebanyak RM912 Juta iaitu peningkatan daripada peruntukan asal sebanyak RM600 Juta.

Bagi mereka yang telah memohon anda boleh menyemak status permohonan anda bermula 27 November 2020, dan jika permohonan anda berjaya wang akan dikreditkan secara on-off sebanyak RM3,000 bermula 30 November 2020.

Semakan status Permohonan

Sumber

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments