Geran Khas Prihatin RM3000

0
2659
Geran Khas Prihatin RM3000
Geran Khas Prihatin RM3000

Geran Khas Prihatin RM3000 | Geran Khas Prihatin RM3000 adalah salah satu daripada Pakej rangsangan ekonomi Rakyat khas untuk golongan PKS yang terkesan akibat daripada wabak pandemic Covid-19.

Geran Khas Prihatin ini adalah bantuan kewangan secara one-off bernilai RM3,000 kepada perusahanaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan untuk meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi.

Syarat Permohonan Geran Khas Prihatin

Pemohonan hanya untuk rakyat malaysia berstatus warganegara Malaysia; dan menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:-

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
    RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
    dan
  1. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  2. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  3. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Jika anda sedang mencari jawatan kosong anda boleh lihat senarai jawatan kosong terkini di laman sesawang gkerjaya.com

Cara Membuat permohonan

  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi yang telah disediakan oleh pihak LHDN iaitu Portal GKP yang kami telah berikan pautannya seperti berikut.
  • Permohonan secara manual tidak dibenarkan.
  • Anda hanya perlukan masukkan isi anda di portal GKP dan mula membuat permohonan baru dengan mengisi segala maklumat yang diminta.

Maklumat pembayaran dan permohonan

  • Permohonan boleh mulai dibuat bermula 1 mei – 15 mei 2020.
  • Pemohon boleh membuat semakan seawal minggu pertama jun 2020.
  • Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan jun 2020.
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak dan bank haruslah aktif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.