Geran Khas Prihatin Permai Khas Untuk PKS

Geran Khas Prihatin Permai Khas Untuk PKS (1)

Geran Khas Prihatin Permai Khas Untuk PKS | Akibat daripada PKP 2.0 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan malaysia baru-baru ini kerajaan telah memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP).

Geran Khas Prihatin Permai ini akan diberikan kepada 500,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri-negeri PKP dengan bayaran sebanyak RM1,000.

Manakalah kepada negeri-negeri PKPB Bantuan Geran Khas Prihatin Permai ini akan diberikan kepada 300,000 PKS, mereka akan menerima RM500.

Nanum begitu jika negeri yang sebelum ini PKPB atau PKPP bertukar menjadi zon merah atau PKP, kerajaan akan sedia menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri berkenaan dengan segera.

Tambah GKP ini atau GKP Permai membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 Juta.

Cara memohon GKP Permai

Buat masa sekarang pihak kerajaan masih lagi memberitahu kaedah dan cara untuk membuat permohonan pihak kami akan berikan update terkini jika terdapat sebarang maklumat untuk memohon.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak memohon GKP Permai?
PKS yang terkesan akibat daripada PKP atau PKPB atau PKPP.

Berapa jumlah bantuan yang diberikan?
RM1000 untuk 7 negeri PKP manakalah RM500 untuk negeri lain.

Berapakah peruntukan yang diberikan kerajaan?
Bantuan akan diberikan kepada 700,000 PKS dengan peruntukan RM650juta.