Empat Laman pendidikan Online | Pendidikan adalah kunci kejayaan dan aset yang sangat bernilai yang boleh menawarkan pelbagai peluang kerjaya bagi mereka yang betul-betul gigih untuk mengambil kesempatan daripadanya. Ramai diantara kita menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk belajar namun begitu tahukan anda bahawa anda boleh belajar pelbagai bidang yang anda minat secara online dan percuma.
Empat Laman pendidikan Online percuma
Disini kami Gkerjaya telah senaraikan empat laman web dimana anda boleh belajar dan mengembangkan ilmu anda tanpa perlu melabur masa,kerja keras dan wang anda untuk belajar.
1. Open Culture Pendidikan Online
Open Culture menyenaraikan pelbagai bidang dan kursus-kursus pendidikan secara online.Laman web ini memaparkan lebih 1,200 ceramah,video dan podcas dari pelbagai universiti di seluruh dunia.
2. University Of People
University Of People kebanyakannya menyediakan pendidikan secara percuma namun begitu pelajar harus membayar jika mereka ingin mengambil peperiksaan pada akhir setiap kursus.Mereka yang ingin menjadi seorang harus menguasai bahasa english.
3. Khan Academy
Khan Academy menyediakan lebih daripada 4,200 kursus percuma didalam pelbagai topik dan menyediakan video-video yang sangat mudah untuk difahami dan memberikan matlamat pembelajaran yang sangat jelas untuk anda.Khan Academy ditubuhkan oleh seorang graduan MIT dan Havard selepas video tutorialnya di youtube mendapat sambutan yang hangat.
4. EDX Courses
Satu lagi laman web yang membawa pelbagai kursus dari pelbagai university dari seluruh dunia. Anda boleh mengambil pelbagai bidang yang sesuai dengan kehendak anda. Anda juga boleh belajar dalam bidang muzik yang akan diajarkan secara online.