Dua Akaun 1 bank simpanan dan belanja Maybank | Duit kalau tak disimpan pastinya akan habis digunakan jika anda menyimpan di rumah takut-takut nanti ada pencuri datang curi semua duit anda oleh itu hari ini kami ingin berikan sedikit tutorial bagaimana cara untuk anda asingkan akaun maybank anda kepada dua bahagian iaitu simpanan dan juga belanja tanpa perlu pergi kemana-mana cawangan maybank.
Dua Akaun 1 bank simpanan dan belanja Maybank
Apa yang perlu anda tahu
- Anda perlu MAYBANK2u
- No pin dan kad ATM anda masih kekal sama.
- Jika anda ingin keluarkan duit daripada akaun simpanan(baru) anda cuma perlu tekan lain-lain di mesin ATM dan masukkan jumlah duit yang ingin dikeluarkan kemudian screen ATM akan keluar pilihan akaun untuk anda keluarkan duit sama ada yang baru atau pun yang lama.
- Selain untuk simpanan akaun ini juga sesuai untuk peniaga asingkan modal dan juga untung semasa meniaga tanpa perlu membuat akaun semasa.
Cara Buka Akaun Simpanan Baru
- Login ke akaun maybank2u anda kemudian anda boleh ikut langkah-langkah seperti dalam gambar dibawah. Click pada bahagian Apply Online.
- Pilih jenis akaun simpanan dan disini admin pilih M2U Savers- I dimana akaun ini adalah akaun yang patuh Shariah kerana admin yakin aktiviti perbankan Islam lebih terjamin dan baik.
- Masukkan maklumat yang diminta iaitu nama alamat email dan jumlah wang yang ingin disimpan syarat minima penyimpanan adalah rm250.Tick semua terma dan syarat kemudian tekan continue
- Selepas selesai langkah 3 anda hanya perlu tekan confirm untuk mengesahkan boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas.
Selepas selesai anda boleh print confirmation untuk rujukan dan selesai semua ini anda log-out maybank2u anda dan login kembali dan anda akan lihat akaun anda kini mempunyai dua seperti gambar dibawah.
Kini anda boleh membuat pemindahan dan memulakan mengasingkan duit anda di dalam akaun simpanan atau pun belanja anda.Kami harap tips dan tutorial ini mampu memberikan anda idea untuk menyimpan dengan lebih baik dan jangan lupa untuk share kepada kawan-kawan anda.
p/s: Namun begitu anda harus ingat minima jumlah wang yang harus ada didalam akaun ini adalah rm250 dan rm20 akan dikenakan bagi mereka yang ingin menutup akaun sebelum 3 bulan daripada tarikh buka.
Apa beza savers dgn savers i
1) saya ada akaun savers dan savers-i,telah cuba byk kali tutup akaun savers-i utk dimasukkan semua jumlah yg ada ke akaun simpanan,savers dan akaun bank lain ttpi tidak boleh.
Account is not authorised.Reject code:[0076]
2) caj rm20 akan ditolak selepas pindahan dilakukan atau saya perlu menolak siap2 rm20 (tinggalkan dlm savers-i)
harap bantuan anda yg tahu berkenaan perkara ini.trma kasih
Kalau nak padam acc kedua tu, boleh padam sendri atau kena pergi ke kaunter maybank?
Saya nak tanya misal kata nak pembayaran tru maybank2u. Macam mana sy nk thu dia masuk dlm acc yang mana stu. Maksd sy kalau org bayar pd sy. Duit tu akan ke akaun simpanan atau akaun savers sbb no acc ttp sama.
duit akan masuk ke akaun simpanan
jika menggunakan cimb bank bagaimana ye?
Sy dh transfer, ada rm250 di akaun kedua dan ketiga. tp masih x dapat keluarkan. Reject code.
Mcmana nak keluarkan duit tu ya, perlu ada rm270 maybe?
kenapa saya nk buat xboleh ye? tulis reject code
pastikan amount yg dimasokkan minimum adalah RM250
Untuk urusan personal current account online premier maybank mmg tkyah introducer….tapi untuk current account company kna guna introducer.kna ambil borang dari maybank dengan bawa SSM.untuk urusan introducer insyaAllah sy boleh tolong.alhamdulillah saya Dahl introduce Lebih dari 100 company dan semua dah lulus.saya buat bisness vending dan account semasa may bank dan cimb dah Lebih Dari 4 tahun..boleh hubungi sy-0127292850-wan untuk urusan introducer may bank dan climb.semoga anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih systematic.terima kasih.credit to blog owner.tq
macam mana kalau nak padam account kedua ye? maksudnya dah taknak guna m2u-saver.
boleh terminate acct tersebut dengan mengeluarkan semua jumlah wang yg ade dlm M2u Savers-i . Utk yg terminate kurg daripada 6 bln akan dikenakan charge RM20 utk termination. Sekiranya lebih dari 6 bln tiada charge akan dikenakan
boleh saya tahu cara nak menyimpan/auto debit setiap bulan dari dlm acc m2u saya cth nak simpan utk roadtax kereta/ melancong dlm masa setahun dlm m2u itu juga..
simpan guna flexi saver
Kalau takde column flexi credit tu dlm maybank2u tu cmne?? Sbb tu personal acc yg saya punya i saving acc..
yg takde flexi credit dlm maybank2u kene pergi mane2 kiosk maybank (bkn semua kiosk ade boleh call customer service utk yg berdekatan dngan tmpt anda) untuk activatekan.
Saya dah cuba 🙂 terima kasih. Tapi kalau buat pindahan drpd m2u saver ke akaun lain memg tak boleh ek?
boleh tapi syarat minima akaun kena ada rm250
kiranya bila cukup 250 dan selepas 3bulan matang baru buleh keluarkan duit itu ya?
SAYA HARAP DI BERI PELUANG UNTUK JAWATAN. 0135567816 wsp