Friday, June 9, 2023
HomeBerita KerjayaDosa Besar semasa Interview yang anda perlu Tahu

Dosa Besar semasa Interview yang anda perlu Tahu

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Dosa Besar semasa Interview yang anda perlu Tahu | Semasa temuduga dijalan selalunya syarikat  tidak lagi mementingkan resume anda dan mereka hanya akan memandang resume anda kurang daripada 10min untuk menyemak resume anda dan selebihnya mereka anda melihat anda sendiri beraksi dihadapan.

Berikut kami berikan dosa-dosa besar semasa anda ditemuduga kami berharap dengan penulisan ini anda dapat mengelakkan melakukan kesalahan-kesalahan ini dan berjaya didalam interview anda.

Dosa Besar semasa Interview yang anda perlu Tahu

Senyum

Selain dapat pahala senyuman juga mampu memberikan impak positive kepada anda dan juga panel penumuduga jadi jangan kedekut untuk senyum tidak dilupakan juga sila pastikan gigi anda bersih daripada sebarang kekotoran.

Tidak Berminat

Anda berminat tetapi mempamerkan wajah yang tidak berminat untuk menjawat jawatan yang anda pilih jadi sila pastikan anda tidak membiarkan fikiran anda melayang dengan perkara-perkara lain semasa di temuduga dan pastikan anda mendengar dan menjawab dengan baik soalan-soalan yang ditanya.

Ketakutan

Kaki bergoyang,bermain jari adalah syndrome biasa orang-orang yang takut jadi pastikan anda hindari perkara ini berlaku semasa anda ditemuduga perkara yang terbaik untuk anda lakukan ialah dengan meletakkan tangan anda di paha dan memandang terus ke mata panel penumuduga.

Hubungan Mata ( Eye Contact) 

Mata yang berkeliaran,suka bermain pen,kertas atau apa-apa perkara lain semasa ditemuduga menunjukkan anda tidak bersedia,serius dan gugup jadi pastikan anda sentiasa melakukan eye contact semasa bercakap atau tidak.

Hindari Tangan Berpeluh

Semasa jabat tangan anda pastikan tangan anda kering dan tidak berpeluh jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku pastikan anda membasuh tangan anda dengan air sejuk,ini kerana ianya mampu membuatkan tangan anda kering selama 10 min.Mengikut kajian tangan yang kering dan selesa mampu memberikan imbak yang besar kepada majikan anda.

Salam @ Jabat tangan yang Buruk

Hipster,hiphop atau cara jabat tangan kongsi gelap anda perlu lupakan sementara kerana majikan anda tidak mahu mana-mana pekerja mereka mempunyai minda kanak-kanak jadi semasa jabat tangan pastikan anda jabat tangan secara korporat iaitu keras dan yakin.

Kedudukan Berdiri dan Duduk dengan Teruk

Majikan hanya akan memilih mereka yang berkeyakinan dan rajin sahaja untuk berkerja dengan mereka jadi Postur duduk atau berdiri anda boleh mengambarkan sifat malas dan tidak mempunyai keyakinan diri jadi pastikan anda duduk atau berdiri dalam keadaan tegak dan sentiasa menunjukkan minat anda didalam perbincangan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments