Dapat kerja dengan Resume orang Malas ini

0
3085
Dapat kerja dengan Resume orang Malas ini

Dapat kerja dengan Resume orang Malas ini | Ada sesetengah orang mereka sangat berbakat dan berkeboleh tinggi dalam sesuatu bidang tetapi malangnya mereka mempunyai sikap yang sangat malas untuk menulis atau edit resume mereka supaya kelihatan menarik dan hebat.

Dapat kerja dengan Resume orang Malas ini

Hari ini kami ingin kongsikan tips dan template resume khas untuk orang seperti anda, Walaupun ringkas dan sangat mudah diedit tetapi ianya akan memberikan keyakinan penuh kepada majikan untuk mengambil anda berkerja.

Muat turun dulu Rusume disini

Bahagian Header

  • Pastikan bahagian contact information anda jelas bagi memudahkan pihak majikan boleh menghubungi anda dengan mudah.
  • Bold nama anda dan alamat email profesional anda.

Ringkasan Resume anda

  • Tanya diri anda siapakan anda dan apakah kelebihan anda dan kemahiran anda untuk melayakkan diri anda untuk menjawat jawatan yang dipohon.

Pengalaman anda

  • Tuliskan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang ingin anda mohon, sertakan bersama-sama pencapaian dan tugasan yang telah anda lakukan semasa berkerja/belajar.

Kemahiran anda

  • Kemahiran adalah bahagian sangat penting dalam penilaian majikan semasa membuat pemilihan.
  • Mulakan dengan meletakan kemahiran paling penting yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon,contohnya anda ingin mohon jawatan sebagai kerani jadi tuliskan kemahiran menggunakan Ms Office ditempat pertama dan lain-lain seperti adobe photoshop,html, sql dan lain-lain kemahiran yang anda ada.

Pendidikan

  • Mulakan menulis senarai pendidikan dengan meletakkan pendidikan paling tinggi anda.

Kami harap dengan template dan tips-tips yang kami berikan ini anda dapat membina resume yang sangat simple tetapi sangat lengkap dan perfect untuk memastikan majikan bergetar-getar untuk panggil anda berkerja di syarikat mereka.