Friday, December 1, 2023
HomeTemudugaContoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan

Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan | Ramai yang mengeluh dan kecewa apabila tidak layak menjawat jawatan yang di pohon selepas selesai temuduga ada juga yang beranggapan hanya mereka yang mempunyai kabel(orang dalam) sahaja yang layak untuk berkerja didalam sektor kerajaan, tetapi sebenarnya tanggapan anda salah hampir 80% mereka yang hadir ke temuduga tidak bersedia dengan soalan-soalan yang akan ditanya dan menjawabnya dalam keadaan yang tidak tahu apa yang dijawab. Jadi kami pihak Gkerjaya terasa terpanggil untuk memberikan tips dan soalan-soalan contoh yang lazim ditanya ketika anda hadir ke temuduga kerajaan supaya anda boleh menjawabnya dengan keadaan yang tenang dan yakin.

Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan

Soalan Pengenalan Latar Belakang

Soalan berkaitan latar belakang selalunya ditanya diawal sesi temuduga dan untuk menjawab soalan ini anda haruslah menjawab mengikut beberapa step iaitu:-

  1. Nama
  2. No ic (jika Perlu)
  3. Pendidikan
  4. Pengalaman yang lalu

Contoh jawapan:- Saya Ali, no ic 92**** ** **** mempunyai ijazah dalam bidang science & mathematics, pernah berkerja di syarikat giant sebagai networking.

Soalan Kelebihan Anda

Soalan ini mungkin ditanya dalam pelbagai perkataan tetapi didalam maksud yang sama contohnya

  • Kenapa kami perlu memilih anda?
  • Kenapa anda ingin memohon jawatan ini?
  • Apakah kelemahan anda?

Untuk menjawab soalan seperti ini anda haruslah mencari sendiri kelebihan anda kami tidak tahu apa kelebihan anda.Jadi terangkan kelebihan anda yang berkaitan tentang jawatan yang hendak dipohon.

Soalan Pengetahuan tentang jawatan yang hendak dipohon

Soalan yang berkaitan dengan jawatan yang hendak anda pohon sememangnya menjadi perkara wajib jadi pastikan anda mempunyai ilmu pengetahuan didalam jawatan yang hendak anda pohon anda contoh soalan yang sering ditanya ialah:-

  1. Tugas jawatan?
  2. Peranan Jawatan dan Kementerian?
  3. Jika anda dipilih apa yang sumbangan yang anda ingin berikan?
  4. inisiatif yang anda ingin lakukan?

Soalan dasar-dasar Kerajaan

Jawapan bagi soalan seperti ini anda haruslah peka tentang dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sebagai contoh:-

  • Perbentangan Bajet
  • Perjanjian TTPA
  • Isu 1MDB
  • Dan lain-lain isu yang berkaitan dengan dasar kerajaan yang disebut oleh kerajaan.

Isu Semasa luar dan dalam negera

Sentiasa mengikuti isu-isu semasa didalam dan luar negera jadi seminggu sebelum hadir interview pastikan anda membaca muka-muka depan akhbar malaysia jadi anda tidak akan terlepas tentang isu-isu yang terjadi.

Kami berharap tips yang kami berikan ini akan membantu anda untuk menjawab soalan-soalan semasa temuduga, ianya bukanlah 100% soalan yang akan ditanya tetapi kami harapkan ia dapat memberikan anda gambaran soalan-soalan yang akan ditanya semasa anda hadir ke sesi temuduga.

Sebarang pertanyaan atau perkongsian anda boleh berikan diruangan commend di bawah:

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments