Contoh soalan Interview bagi jawatan Penguasa Penjara | Pertama kami ingin ucapkan taniah kepada mereka yang berjaya dipanggil untuk menjalani temuduga bagi jawatan sebagai Penguasa Penjara berikut kami kongsikan sedikit tips dan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya semasa sesi temuduga dan kami harapkan ianya boleh memberikan sedikit maklumat tentang jawatan ini.
Contoh soalan Interview bagi jawatan Penguasa Penjara
Perkara pertama yang harus anda semua tahu adalah pastikan anda mengenal dan memahami tugas-tugas dan tanggung jawab sebagai seorang penguasa kastam dan apa yang kami berikan adalah kemungkinan atau contoh soalan-soalan yang akan ditanya.
- Pengenalan diri dan latar belakang anda serta keluarga yang berkerja di Jabatan Penjara Malaysia.
- Latar belakang pendidikan anda.
- Sebab dan kenapa anda memohon jawatan sebagai Penguasa Penjara.
- Jika anda sedang berkerja kenapa anda tidak mahu teruskan berkerja ditempat anda sekarang, dan jika belum kenapa anda tidak berkerja.
- Persediaan yang telah dilakukan untuk jawatan ini.
- Apakah tugas-tugas seorang Penguasa Penjara yang anda tahu?
- Terangkan fungsi sistem poral yang anda faham.
- Apakah sikap yang ada dalam diri anda yang menyebabkan anda layak untuk memegang jawatan Penguasa Penjara?
- Berikan kemahiran yang anda miliki untuk menjaga dan mengajar tahanan di penjara>
- Nama Ketua Pengarah Penjara dan timbalan Pengarah Penjara serta Ketua Menteri Kementerian dalam negeri yang anda tahu.
- Pandangan anda tentang isu keganasan yang berlaku baru-baru ini ( soalan isu semasa )
- Boleh terangkan rukun solat dan bacaan doa yang biasa anda baca selepas solat?( untuk jadi imam atau bantu banduan tentang agama islam)
- Misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia.
- Apakah maksud Penjara Sejahtera dan Terangkan Akta Penjara yang anda tahu.
Diatas adalah 14 soalan yang berkemungkinan akan ditanya anda tidak digalakkan untuk percaya 100% bahawa soalan-soalan yang ditanya semasa anda menjalani temuduga sama seperti yang kami berikan ini hanyalah ramalan kami tidak ada sebarang kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Jika anda berminat anda juga boleh baca Adab Temuduga yang Harus anda tahu