Contoh dan format cover letter yang harus anda tahu

Contoh dan format cover letter yang harus anda tahu

Contoh dan format cover letter yang harus anda tahu | Resume yang lengkap adalah resume yang dihantarkan bersama-sama dengan cover letter oleh itu cover letter yang baik dan mengikut format yang betul sangat-sangat penting untuk memberikan first impression yang baik kepada bakal majikan.

Contoh dan format cover letter yang harus anda tahu

Berikut adalah format cover letter yang baik

  1. Letter header – Mengandungi maklumat anda seperti no tel, alamat,email dan juga nama anda.
  2. Tajuk – ringkas dan padat.
  3. Pengenalan – Tujuan cover letter anda dan melampirkan resume.
  4. Perenggan I – Ceritakan sedikit latar belakang anda secara ringkas dan padat yang berkaitan dengan jawatan yang hendak anda dipohon contohnya latar belakang pendidikan,pengalaman dan pencapaian serta skill yang berkaitan dengan jawatan yang hendak dipohon.
  5. Perenggan II – Bercerita tentang syarikat yang anda mohon contohnya kenapa syarikat itu sesuai untuk anda, atau mengapa anda merasa kagum terhadap syarikat tersebut.
  6. Penutup – Memberitahu harapan anda untuk dipanggil temuduga. Ucapkan terima kasih.

Dibawah Kami Berikan Contoh Cover Letter

Contoh : Mira Filzah bt. kassim ingin memohon jawatan kosong sebagai Akauntan di Syarikat Oil and Gas Sdn Bhd sebuah syarikat yang terkenal dalam bidang oil and gas. Berikut adalah contoh cover letter yang harus dihantar oleh Mira Filzah

_____________________________________________________________________

Mira Filzah
No 99, Jalan Pulau Pinang, 54600 Pulau Pinang
[email protected]
013 1234 567

14 Ogos 2016

Kepada:
Pengurus Sumber Manusia
Oil and Gas Sdn Bhd

Tuan,

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI AKAUNTAN

Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk di pertimbangkan oleh pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut di laman sesawang rasmi syarikat oil and gas sdn bhd yang bertarikh 13 ogos 2016. Saya sertakan resume saya untuk rujukan tuan.

Untuk pengetahuan tuan, saya mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang akauntan di sebuah syarikat ABC sdn bhd dan saya adalah graduan Ijazah kelas pertama didalam bidang perakuan di UiTM.

Saya telah lama mengikuti perkembangan syarikat tuan dan yang terbaru syarikat tuan telah berjaya menjadi pengeksport utama oil and gas ke negara jepun. Kebolehan saya dalam bahasa english dan jepun pastinya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga seorang yang cepat belajar dan mudah untuk berkerja didalam pasukan.

Saya berharap agar permohonan saya ini diberikan pertimbangan sewajarnya dan berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga.Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
Mira Filzah

_____________________________________________________________________

Tips Penulisan Cover Letter

  • Pastikan anda menggunakan perkataan yang ringkas dan padat.
  • Beritahu majikan bagaimana anda dapat tahu tentang jawatan kosong tersebut.
  • Jika menulis dalam bahasa english pastikan anda menggunakan perkataan dan ayat yang betul

Kepada mereka yang berminat untuk muatturun template resume dan cover letter percuma boleh muatturun disini