Ciri-ciri graduan yang mudah dapat kerja | Terus berkerja sebaik sahaja tamat belajar sememangnya menjadi impian semua graduan di Malaysia, Namun begitu ramai dikalangan graduan di malaysia tidak mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan walaupun mereka mempunyai CGPA yang tinggi. Berikut kami berikan 6Â ciri-ciri yang yang akan membuatkan majikan jatuh cinta terhadap anda dan sekali gus memilih anda untuk berkerja dengan mereka.
Ciri-ciri graduan yang mudah dapat kerja
- Multi-Tasking – Dimana anda boleh membantu menguruskan sebarang kerja tanpa disuruh dan tahu apa yang anda harus lakukan.
- Boleh Berkomunikasi dengan Baik – Boleh menulis berkomunikasi dengan baik dalam bahasa english dan bahasa melayu dan sentiasa yakin terhadap diri sendiri dan mereka yang fasih dalam bahasa ketiga pastinya akan diberikan kelebihan.
- Beradap dan mempunyai Etika – Tahu adab dan etika ketika anda berbicara pastikan anda memberikan gelaran-gelaran yang sesuai dengan sesiapa sahaja yang anda bercakap ( jangan duk makcik2 pakcik, akak,abang atau paklong dan sebagainya dalam pejabat)
- Kekemasan diri – Pastikan anda berpakaian sentiasa kemas dan sesuai dengan jawatan yang anda mohon jangan sesekali memakai accessories yang berlebihan seperti gelang tangan untuk lelaki,subang dan lain-lain dan bagi wanita jika anda berhijab pastikan anda memakai dengan penuh etika jangan pakai hijab tapi seluar dan baju ketat pastikan anda beretika dalam pemakaian.
- Seorang yang berilmu –Â Perkara paling malang yang dilakukan oleh pemohon kerja adalah bertanyakan soalan yang sudah ada jawapan dan selalunya golongan ini akan direject 100% oleh majikan. Jadi sebelum anda tanya soalan sila pastikan anda membaca segala details yang telah diberikan oleh majikan semasa mengiklankan jawatan kosong kemudian bila dah tak ada jawapan baru anda boleh tanya.Buat research tentang syarikat dan jawatan yang anda inginkan.
- Branding diri dan networking – Graduan yang sedang mencari kerja sekarang wajib tahu bagaimana cara untuk anda branding diri anda untuk kelihatan profesional dan mahir anda boleh rujuk Cara bina kabel dalam LinkedIn.
Rumusannya kami harap dengan sedikit info ini dapat memberikan sedikit manfaat untuk anda dan kami doakan kerjayaan anda.