Cara Simpan Duit Ke Tabung Haji Tanpa sebarang Caj | Menabung di Tabung Haji sememangnya satu amalan yang sangat baik selain anda boleh pergi menunaikan haji menyimpan di Tabung Haji juga akan memberikan anda pulangan dividen yang baik namun begitu dengan kesibukkan kerja untuk pergi ke cawangan tabung haji atau guna ATM ianya boleh membantutkan semangat anda untuk menyimpan,
Jadi hari ini kami akan berikan tips dan panduan bagaimana cara simpan duit ke tabung haji tanpa sebarang caj secara online sahaja dengan mudah dan pantas,
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :-
1. Log masuk ke perbankan internet pilihan
2. Pilih JomPAY
3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – jika ada
*Amaun (RM)
4. Ikut arahan hingga selesai
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan,atau sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.
Bagi yang belum ada akaun Tabung Haji anda boleh baca Panduan Buka Akaun Tabung Haji dengan KWSP dengan mudah dan pantas di pautan telah kami berikan berikut.