Cara Permohonan Pulang Ke Rumah Sendiri semasa PKP | Bagi mereka yang terkandas di mana-mana lokasi di seluruh malaysia akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksana sejak dari 18 Mac 2020 sehingga sekarang ingin pulang ke rumah kediaman masing-masing berikut adalah langkah yang boleh anda lakukan untuk pulang ke rumah sendiri.
Cara Permohonan Pulang Ke Rumah Sendiri semasa PKP
- Anda boleh mula membuat permohonan secara online bermula 25 April 2020.
- Semua permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia yang akan dibenarkan dimuatturun pada 25 April 2020.
- Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap serta menunggu kelulusan daripada pihak yang bertanggung jawab sebelum anda memulakan perjalan pulang menuju ke lokasi yang ingin dituju.
- Anda juga haruslah mengikuti arahan-arahan yang telah ditetapkan semasa perjalanan.
Bagi mereka yang tidak mempunyai Telefon Pintar
- Anda perlu hubungi balai polis berhampiran untuk membuat temujanji terlebih dahulu.
- Hadir ke balai polis mengikut tarikh temujanji yang diberikan dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri.
Walau bagimanapun, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan pergerakkan dijangka hanya boleh bermula pada 1 mei 2020 ini.

kalau kami yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pulang.. apa yang perlu kami lakukan untuk membolehkan kami pulang ke rumah kami?
Kalau macam di kinabatangan bole ka pulang
Until Sabah Dan Sarawak macam Mana??