Cara pengiraan pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan dan swasta

0
4313
Cara pengiraan pinjaman perumahan
GAMBAR HIASAN

Cara pengiraan pinjaman perumahan | Trend membeli rumah diusia muda harus disuburkan dan dihidupkan kepada seluruh anak muda di malaysia ini kerana memiliki sebuah rumah adalah lebih penting daripada memiliki sebuah kereta mewah yang akan reput di telan zaman oleh kerana itu kami ingin kongsikan sedikit tips bagaimana cara pengiraan pinjaman perumahan berdasarkan gaji anda.

Cara pengiraan pinjaman perumahan Swasta

Langkah Pertama : Pengiraan Gaji Bersih anda

  • Gaji Bersih = Pendapatan Kasar – Potongan Tetap (KWSP,SOSCO,Cukai Pendapatan)
  • Contoh : RM2300 – RM200 – RM2100

Langkah Kedua : Maksimum Ansuran Bulanan: DSR(%) X Gaji Bersih

  • Jika anda bergaji dibawah RM3000 kebanyakkan bank memberikan DSR maksimum sebanyak 60%.
  • Contoh : 60% X RM2100 = RM1260/ Bulan

Langkah Ketiga : Tolak Komitmen Bulanan (CCRIS)

  • Jika anda sebelum ini mempunyai ansuran bulanan motosikal anda sebanyak RM350 ini bermakna anda mempunyai komitmen dengan pihak bank sebanyak RM350 jadi:-
  • Rm1260 – RM350 = RM910

Langkah Keempat : Tolak Net Disposable Income (NDI)

  • NDI adalah untuk kos sara hidup contohnya setiap bulan anda 500 untuk kos sara hidup anda setiap bulan.
  • RM910 – RM500 = RM410

Langkah Terakhir : Rule of 200

  • Ansuran Bulan X 200 = Harga Rumah
  • 410 X 200 = RM82,000
  • Didalam kes diatas anda hanya layak untuk membuat pinjaman perumahan sebanyak RM82,000 sahaja

p/s: setiap pengiraan tidaklah begitu tepat ianya berubah mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh pihak bank jika anda inginkan maklumat yang tepat sila bawa penyata gaji pergi ke bank-bank berdekat anda untuk mereka kira dengan tepat jumlah yang mampu anda berhutang untuk membeli rumah.

Sumber

Cara pengiraan pinjaman perumahan Kerajaan

Jika anda kakitangan awam memang tak perlu risau anda boleh memohon mengikut jumlah gaji dan elaun yang anda terima contohnya:-

cara mohon pinjaman perumahan kakitangan awam

Namun begitu ada beberapa syarat yang wajib anda lepasi sebelum permohonan pinjaman perumahan anda diluluskan antaranya ialah:

  • Anggaran bayaran balik mestilah tidak melebihi daripada 60% gaji pokok + elaun
  • Baki dalam penyata pendapatan tidak kurang daripada 200 selepas ditolak dengan hutang-hutang lain termasuk hutang rumah.
  • Khusus untuk kaki tangan kerajaan yang berkerja secara tetap sahaja.
  • Rakyat malaysia
  • Telah berkhidmat selama 1 tahun dan telah disahkan jawatan
  • dan lain-lain syarat yang telah ditetapkan.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak idea kepada anda bagaimana proses untuk membeli rumah dan menjadikan matlamat utama anda adalah rumah bukannya kereta.

Kepada yang masih belum berkerja tolong jangan susah hati anda boleh lihat senarai jawatan-jawatan kosong terkini setiap hari di page kami jadi likes page kami sekarang.

sumber

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.