Cara Pengeluaran KWSP akibat COVID-19 | Kepada semua Pencarum Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengeluarkan wang simpanan dalam akaun dua.
Semua pencarum KWSP layak untuk membuat pengeluaran dengan nilai maksimum RM500 Sebulan dalam tempoh 12 Bulan membabitkan pencarum di bawah usia 55 tahun.
Pengeluaran ini berkuatkuasa pada 1 april 2020 bagi mengurangi beban rakyat yang terkesan akibat daripada wabak COVID-19 ini.
Syarat Pengeluaran
- Semua Pencarum KWSP Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Berumur dibawah 55 Tahun.
- Mempunyai baki simpanan di dalam akaun 2 tertakluk kepada baki akaun 2 semasa.
- Hanya boleh mengeluarkan RM500 daripada akaun 2 KWSP
- Bukan warganegara malaysia (FASA 2)
Cara untuk memohon
Borang permohonan yang lengkap hendaklah diisi dan dikemukakan dengan 3 saluran seperti berikut:-
- Secara dalam talian (e-pengeluaran melalui i-akaun) atau
- Secara e-mel kepada [email protected] atau
- Secara Pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 22, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran Lestari)
Semua permohonan boleh mula dibuat pada 1 april 2020
Mohon pertukaran nombor telefon terkini dalam akaun kwsp. Untuk memudahkan pengeluaran akaun 2..
pencarum KWSP yg berumur 51 -55, kebanyakanny dh buat pengeluaran akaun 2. sekarang hanya ada akaun 1. Kalau pengeluaran kecemasan semasa C19 hanya untuk akaun 2 sahaja.. bagai mana yang berumur 51 tahun keatas yang dah buat pengeluaran akaun 2 semasa umur 50 tahun?? jikalau yg dh tiada akaun 2, bagaimana mereka nak hidup ketika wabak ni???