Cara mohon Kerja Jabatan Pendaftaran Negara | Jika anda berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan di Jabatan Pendaftaran Negara anda boleh mengikuti langkah-langkah untuk membuat permohonan. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk anda memohon.
Cara mohon Kerja Jabatan Pendaftaran Negara
Langkah Pertama : Register akaun SPA
Semua permohonan jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara hanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA, Jadi pastika anda telah membuka akaun di SPA.
Selepas membuka akaun SPA sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda dinilai sebaiknya oleh majikan.
Langkah Kedua : Kenal Pasti jawatan dan Kelayakan anda
- Pembantu Pendaftaran Gred KP19
- Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
- Pegawai Pendaftaran Gred KP41
Cara Mohon Jawatan Kosong anggota Imigresen
Gred KP19 adalah untuk kelayakan SPM, Gred KP29 adalah untuk kelayakan Diploma manakala Gred KP41 adalah untuk kelayakan Ijazah Sarjana Muda.
Maklumat semua jawatan anda boleh baca pada lampiran yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
Syarat Pelantikan: Pembantu Pendaftaran Gred KP19
Syarat Pelantikan: Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
Syarat Pelantikan: Pegawai Pendaftaran Gred KP41
Langkah Ketiga : Kemaskini akaun SPA anda
Selepas anda memohon jawatan-jawatan yang anda inginkan sila pastikan anda tekan simpan serta kemaskini permohonan anda.
Anda hanya perlu kemaskini permohonan anda setiap satu tahun dari tarikh permohonan anda.
Harap dengan mengikuti tiga langkah mudah ini anda berjaya dan dipanggil untuk sesi temuduga dan berjaya mencapai cita-cita anda untuk berkerja di Jabatan Pendaftaran Negara.
nur afikah
Saya berminat nak kerja.. Harap sy dipilih… Moga ada rezeki sy kerja tu..
Saya mahu berkhidmat di jabatan Tuan dan di tempatkan di Daerah Batu Pahat Johor kerna menjaga orang tua. Skrg bkerja di sektor kerajaan diiktiraf kontrak sbg pembantu pendidik Taska di Melaka.
Memohon kerja lkim….sy berminat utk berkhimat
Assalamualaikum Tuan atau Puan,
Memohon melalui Sesawang SPA. Saya berminat dan ingin berkhidmat Kerajaan.
Tuan puan.. Saya berminat dan ingin berkhidmat dgn kerjaya ini
Memohon kerja SPA.. Saya berminat untuk berkhidmat
SAYA BERHARAP TUAN PUAN SUDI MENGAMBIL SAYA UNTUK BERHIDMAT BERSAMA TUAN PUAN