Cara mohon kerja Guru di Jobsmalaysia

4
6148
Cara mohon kerja Cikgu di Jobsmalaysia

Cara mohon kerja Cikgu di Jobsmalaysia | Anda berminat untuk menjadi guru tetapi tidak tahu bagaimana caranya berikut kami berikan cara untuk anda membuat permohonan sebagai guru di Jobsmalaysia dengan betul dan tepat.

Cara mohon kerja Cikgu di Jobsmalaysia

Langkah Pertama Daftar Jobsmalaysia

Langkah pertama yang harus anda lakukan anda mendaftarkan diri anda didalam Jobsmalaysia dan bagi mereka yang telah mendaftar anda perlu kemaskini maklumat anda dan menggunakan Jobsmalaysia version 2.

ID Pengguna adalah no Kad Pengenalan anda dan jika anda terlupa kata laluan anda boleh reset semula password anda.

Lengkap Profile Jobsmalaysia

Setelah anda mendaftar dan sebelum anda membuat sebarang permohonan jawatan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat serta memuatnaik segala dokumen yang diperlukan.

Mohon jawatan guru di Jobsmalaysia

Setelah profile anda lengkap anda boleh memulakan langkah untuk anda membuat permohonan guru dengan mengikuti gambar yang kami telah berikan dibawah.

Click pada profile >> Kemaskini Jawatan diMohon
Click pada categori pekerjaan >> Pengurusan >> Sub Categori >>Profesional Perguruan >> Nama Jawatan

Anda hanya perlu lakukan perkara yang sama seperti diatas untuk jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan juga untuk Jawatan kosong sebagai Cikgu Sektor Swasta.

Selepas selesai semua anda perlu tekan butang simpan.

Selepas 3 atau 4 hari anda kemaskini maklumat permohonan anda, anda boleh menyemak sama ada permohonan dikemasi kini atau tidak di laman SPP dengan menggunakan pautan yang kami telah berikan dibawah.

Semak permohonan jawatan SPP

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.