Cara mohon kerja di Jabatan Imigresen Malaysia

4
6072
Cara mohon kerja di Jabatan Imigresen Malaysia

Cara mohon kerja di Jabatan Imigresen Malasia | Kepada seluruh rakyat malaysia yang berminat untuk berkerja di Jabatan Imigresen Malaysia tetapi tidak tahu cara-cara untuk membuat permohonan dengan betul berikut kami berikan langkah-langkah bagaimana untuk anda membuat permohonan kerja kosong yang ditawarkan di Jabatan Imigresen Malaysia.

Cara mohon kerja di Jabatan Imigresen Malaysia

Langkah 1 Mohon kerja Jabatan Imigresen Malaysia

Kenal pasti jawatan-jawatan yang ditawarkan di Jabatan Imigresen Malaysia serta tahu setiap syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan contohnya:-

  1. Pegawai Imigresen Gred KP19 (Kelayakan SPM)
  2. Penolong Penguasa Imigresen KP29 (Kelayakan STPM/STAMDIPLOMA)
  3. Penguasa Imigresen KP41 (Kelayakan Ijazah Sarjana Muda)
  4. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (Kelayakan STPM/STAMDIPLOMA)

Selain daripada itu anda juga harus melepasi syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera yang telah ditetapkan iaitu :-

  • Mempunyai sekurang-kurangnya ketinggian 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
  • Ukuran Indeks Jisim badan (BMI) diantara 19 hingga 26.
  • Saiz ukuran dada sekurang-kurangnya 81sm (biasa) dan 86sm semasa menarik nafas(lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penghilatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  • Tidak budak warna atau cacat pendengan serta disahkan sihat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Langkah 2 Mohon kerja Jabatan Imigresen Malaysia

Semua jawatan kosong yang ditawarkan di Jabatan Imigresen Malaysia hanya boleh dibuat dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) jadi untuk memohon kerja kosong yang ditawarkan di Jabatan Imigresen Malaysia anda wajib memiliki akaun SPA berikut kami berikan pautan tips permohonan jawatan kosong SPA.

Bagi calon Ijazah Sarjana Muda anda dibenarkan untuk membuat permohonan (one step lower) iaitu membuat permohonan bagi jawatan untuk kelayakan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC sahaja.

Wajib kemaskini permohonan anda dalam tempoh 1 tahun ini akan memastikan nama anda sentiasa berada didalam BANK DATA SPA.

Jangan terlalu kerap mengemaskini maklumat di borang pendaftaran SPA8i jika tidak mempunyai sebarang perubahan maklumat diri/jawatan ini untuk memastikan ianya tidak menggangu proses tapisan yang sedang berlangsung bagi sesuatu urusan pengambilan jawatan.

Langkah 3 Mohon Kerja Jabatan Imigresen Malaysia

Selepas anda mengikuti segala langkah-langkah yang kami telah berikan diatas apa yang harus anda buat adalah menunggu panggilan temuduga melalui email atau sms yang telah anda berikan di borang permohonan SPA.

Untuk pengetahuan anda setiap tahun puluhan ribu rakyat malaysia membuat permohonan bagi mengisi kekosongan di jabatan-jabatan kerajaan oleh itu anda tidak digalakkan untuk hanya menunggu kerja kerajaan yang anda mohon, sila pastikan anda membuat kerja lain sementara menunggu permohonan anda ini.

Harap dengan panduan ini ianya dapat membantu anda dalam mencapai matlamat anda dan jika post ini bermanfaat sila kongsikan kepada seluruh rakan-rakan anda serta saudara-mara yang berminat untuk berkerja di Jabatan Imigresen Malaysia.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.