Cara mohon jawatan kosong Kerajaan Negeri Perak | Ramai yang berminat untuk berkerja didalam sektor awam.
Namun begitu tidak begitu ramai orang yang tahu cara untuk membuat permohonan jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan.
Berikut kami berikan panduan lengkap bagaimana cara untuk rakyat negeri perak membuat permohonan jawatan-jawatan yang ditawarkan di agensi-agensi kerajaan negeri perak.
Langkah1
- Layari laman sesawang Rasmi egerbang.perak.gov.my.
- Klik pada Permohonan jawatan kosong seperti yang kami telah highligth dengan warga kuning di gambar diatas
- Dan untuk pengetahuan andasekarang ni ada pengambilan jawatan di Majlis Perbandaran manjung yang anda boleh buat permohonan sebelum 17 April 2017.
Langkah 2 :
- Bagi mereka yang belum mendaftar sila pastikan anda mendaftar terlebih dahulu manakala mereka yang telah mendaftar sila pastikan segala maklumat yang diminta lengkap.
Langkah 3
- Sila pastikan anda mengisi maklumat-maklumat yang diminta dengan lengkap dan jangan biarkan satu pun kosong.
- Antara maklumat yang penting yang wajib anda isi sebelum membuat permohonan ialah:-
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Akademik
–Â Maklumat Persekolahan
– Kemahiran Bahasa
– Peperiksaan Sekolah
– Kelulusan Sijil/Diploma/Ijazah
semua maklumat diatas hendaklah diisi dengan tepat. - Sukan dan Aktiviti Sosial.
- Maklumat pekerjaan (jika ada)
- Kesihatan dan Akuan
Selepas semua maklumat diatas diisi anda haruslah menyemakan dan menyimpannya kemudian anda boleh membuat permohonan jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Lihat Senarai Jawatan terkini disini
Kami berharap dengan perkongsian ini ianya dapat memberikan sedikit manfaat bagaimana untuk anda membuat permohonan jawatan-jawatan kerajaan di negeri perak kami juga berharap anda yang membaca ini dapat menyebarkan panduan ini kepada seluruh rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang tinggal di negeri perak.
Untuk negeri lain stay tune kami akan kemaskini untuk setiap negeri-negeri yang ada dimalaysia jadi likes page kami dan follow twitter kami untuk tidak terlepas mana-mana tips yang akan kami berikan.