Saturday, September 23, 2023
HomeKerajaanCara Mohon Jawatan JPJ

Cara Mohon Jawatan JPJ

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Cara Mohon Jawatan JPJ | Jika anda sememangnya bercita-cita untuk berkhidmat didalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikut adalah tips dan langkah-langkah mudah bagaimana untuk anda membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di JPJ.

Cara Mohon Jawatan JPJ

Langkah 1 Mohon Jawatan JPJ

Kenal pasti jawatan-jawatan yang boleh anda mohon bersesuaian dengan kelayakan anda berikut adalah beberapa jawatan terbuka yang anda boleh mohon.

  1. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 ( Kelayakan SPM)
  2. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (Kelayakan SPM)
  3. Pembantu Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (Kelayakan Diploma)
  4. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 (Kelayakan Ijazah Sarjana Muda)

Tips Permohonan Jawatan Kosong Imigresen (Baca disini )

Langkah 2 Mohon Jawatan JPJ

Sila pastikan anda mempunyai ciri-ciri fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  • Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa kasut.
  • Berat badan yang tidak kurang daripada 48KG bagi lelaki dan 46KG bagi wanita.
  • Jisim badan (BMI) dengan ukuran diatara julat 19 hingga 26.
  • Ukuran dada sekurang-kurangnya 81sm dalam keadaan biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan v6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  • Tidak buta warna atau cacat pendengaran.

Langkah 3 Mohon Jawatan JPJ

Jika anda melepasi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan anda boleh terus membuat permohonan secara online yang terbuka setiap tahun di laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut.

  1. Layari laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan isi segala maklumat diri anda dengan lengkap dan tepat.
  2. Delete semua jawatan-jawatan lama yang anda telah mohon melebihi daripada satu tahun kemudian masukkan semula jawatan baru dan tekan simpan dan selepas itu pastikan anda buat tick (saya setuju) pada bahagian pengakuan permohonan dan hantar.

Langkah 4 Mohon Jawatan JPJ

Selepas anda membuat permohonan anda hanya perlu tunggu dan setiap permohonan mempunyai tempoh 1 tahun dan jika anda tidak dipanggil dalam masa tempoh satu tahun dari tarikh permohonan anda diminta kemaskini semua permohonan anda.

RELATED ARTICLES

41 COMMENTS

  1. saya berminat , sebab banyak saya pelajari di badan beruniform jpj ketika di sekolah menengah. Smoga dapat , aamin..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments