Perniagaan Online – Asas Perniagaan Online yang harus dibaca | Seiringan dengan kenaikkan kos sara hidup sekarang, pastinya ramai yang ingin menambah pendapatan sampingan melalui perniagaan dan antara yang popular di era ini  ialah perniagaan secara atas talian atau lebih dikenali perniagaan online.Untuk memulakan perniagaan online anda haruslah tahu beberapa cara dan langkah yang perlu diambil sebelum anda mengeluarkan modal untuk menjalankan perniagaan secara online.Dibawah kami berikan ada beberapa Langkah yang perlu anda lakukan sebelum membuat perniagaan online.
Cara memulakan Perniagaan Online
Langkah 1 (Pemilihan Product @ services )
Product adalah perkara yang sangat penting untuk dinilai sebelum memulakan perniagaan secara online hanya product dan service yang terbaik sahaja mampu untuk diniagakan di pasaran online Berikut adalah ciri-ciri product yang baik untuk dijual secara online:-
- Kos product @ Service
Sila pastikan setiap jualan product anda boleh mencecah 40% keuntungan kasar. - Product Jenis Harapan
Mengikut kajian admin selepas menilai pelbagai jenis perniagaan secara online, kami dapati product yang menjanjikan “sesuatu harapan” adalah product terbaik untuk dijual secara online.Contoh product harapan adalah product-product kecantikan,product kesihatan seperti ubat sakit lutut,sakit urat,dan ubat tanaga batin dan services yang “dengar terlalu baik jika ianya benar” contohnya Beli Ebook A untuk belajar cara jadi Jutawan  semudah A,B,C . - Saiz dan Berat
Untuk meniaga secara online anda harus tahu kos penghantaran adalah perkara yang dibenci oleh anda dan juga customer, Jadi jika anda menjual product yang berat dan bersaiz besar ianya pasti akan menyebab kos penghantaran anda menjadi tinggi. - Product RARE susah dapat
Jika product anda adalah product yang hebat dan sukar untuk didapati anda boleh abaikan (2) (3).
Langkah 2 ( Marketing Plan )
Untuk meniaga secara online segalanya anda harus lakukan sendiri jika sebelum ini anda meniaga didalam pasaraya anda hanya perlu sewa lot-lot kedai didalam pasaraya kemudian anda hanya perlu buka kedai ini kerana pihak Pasaraya telah pun membuat perancangan yang teliti sebelum membina pasaraya tersebut.Jadi jika anda ingin memulakan perniagaan online sila pastikan anda melakukan kajian terlebih dahulu dengan mengikuti langkah-langkah berikut
- Kenal Pasti Untuk Siapa Product Anda
Kami sarankan anda membuat kajian terperinci dengan mencatatkan untuk siapakah product anda. Contoh product anda adalah Tudung jadi sila pastikan umur yang manakah sesuai untuk menjual tudung,Jantina, lokasi dan jawatan mereka ini penting untuk anda iklankan product anda. - Pilihan Platform Pengiklanan
Antara platform yang terbaik buat masa ini untuk peniagaan online adalah facebook,Instagram dan juga google adword.Namun begitu jika tersalah menggunakannya duit anda pastinya akan hangus jadi pastikan anda mengenal platfrom pengiklanan ini dengan baik sebelum melakukan sebarang aktiviti pengkiklanan dan untuk penjelasan mudah ialah:-
Facebook @ Instagram : Product yang orang akan beli jika melihatnya.
Google Adword       : Product yang orang cari. - Gambar Product / Review
Nyawa perniagaan online adalah gambar jadi untuk pastikan pelanggan jatuh cinta dengan product anda sila pastikan gambar anda adalah gambar yang terbaik baca disini untuk melihat bagaimana gambar product yang cantik boleh dihasilkan dengan mudah.
Langkah 3 (Customer service)
Untuk meniaga online anda harus pantas dan sentiasa response dengan pelanggan-pelanggan anda, Jadi jika ada customer yang ingin bertanya atau membeli product anda anda haruslah memberikan jawapan dengan pantas.Berikut adalah ciri-ciri mereka yang memberikan customer service yang terbaik.
- Tepati Janji
Pastikan anda sentiasa menepati janji contohnya jika anda berjanji ingin memberikan tracking pada hari selasa jadi sila pastikan hari selasa anda memberikan tracking kode.Ianya amat baik jika anda melalukan perkara lebih awal daripada apa yang dijanjikan. - Layan customer dengan baik sebelum dan selepas beli
Ramai peniaga online terutamanya peniaga facebook mereka akan mengabaikan atau buat layan tidak layan kepada pelanggan yang sudah membuat pembayaran ini boleh menyebabkan pelanggan anda kecil hati. - Jangan Buka Aim PelangganÂ
Admin mempunyai ramai kenalan yang meniaga secara online tetapi apa yang admin hairan bagaimana mereka boleh meniaga secara online sedangkan hari-hari status di facebook mereka memaki hamun pelanggan-pelanggan yang mintak kurang dan lain-lain pertanyaan yang pelik.Anda semua kena ingat pelanggan ini ada pelbagai penyakit jadi pastikan anda layan mereka dengan baik, beli tak beli kita serahkan kepada Allah swt.
Rumusannya kami harap dengan tips atau sedikit ilmu ” Cara memulakan Perniagaan Online ” ini dapat memberikan sedikit manfaat untuk anda,dan kami sentiasa berusaha mencari ilmu dengan membaca daripada pelbagai sumber yang kami yakin jika hanya dengan ilmu anda mampu berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi.
Â
terima kasih admin sudi berkongsi idea
rara bersalah pulak saya jika tak ucap terima kasih
kerana membacanya secara percuma.. moga kebajikan berpanjangan
amin aminn