Cara membuat permohonan Pinjaman Pelajar Negeri Selangor

0
510
Cara membuat permohonan Pinjaman Pelajar Negeri Selangor
Gambar hiasan

Cara membuat permohonan Pinjaman Pelajar Negeri Selangor | Hasil daripada pemerintahan yang telus dan amanah pihak negeri selangor membuka peluang kepada anak-anak negeri selangor untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat sijil peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di universiti awam dan swasta dalam negara.

Cara membuat permohonan Pinjaman Pelajar Negeri Selangor

Syarat-syarat Permohonan Pinjaman Pelajar Selangor

Syarat utama untuk membuat permohonan pinjaman ini anda haruslah rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut.

Rakyat Negeri selangor
Pemohon haruslah lahir di negeri selangor atau ibu bapa yang lahir di selangor atau mereka yang bermastautin di negeri selangor selama tidak kurang daripada 5 tahun dan haruslah disahkan oleh jkkk,ketua kampung,adun atau penghulu.

Peringkat Pengajian
Hanya terbuka kepada mereka yang sambung belajar secara sepenuh masa.

Tajaan
Mereka yang telah menerima tajaan daripada pihak lain tidak layak untuk membuat permohonan.

Akademik
Mereka yang cermerlang dalam pelajaran akan diberikan keutamaan.

Tahun Pengajian
Pelajar tahun akhir tidak dibenarkan untuk membuat permohonan pinjaman ini.

Tarikh dibuka Permohonan

Sesi Pertama: 1 – 28 Februari Sesi Kedua: 1 – 30 Ogos

Cara Membuat Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara online iaitu dengan melayari laman sesawang  http://tkwbns.selangor.gov.my yang telah kami berikan disini.

Untuk maklumat lanjut permohonan dan syarat-syarat yang lengkap serta maklumat lanjut cara pembayaran dan jumlah pinjaman diberikan, Anda boleh baca secara terus di laman sesawang rasmi Kerajaan Negeri Selangor  dan  laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang telah kami berikan pautannya dibawah.

Maklumat Lanjut permohonan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.