Cara Marketing Mudah untuk Peniaga Makanan

0
386
Cara Marketing Mudah untuk Peniaga MakananCara Marketing Mudah untuk Peniaga Makanan

Cara Marketing Mudah untuk Peniaga Makanan | Anda membuka warung makanan seperti Burger,Nasi goreng, Char Koew Teow, dan lain-lain jenis makanan artikel ini ditulis khas untuk anda bagi meningkatkan hasil jualan dengan gunakan tips-tips dan strategi marketing yang mudah dan jimat kos dengan kesan yang optimum.

Cara Marketing Mudah untuk Peniaga Makanan

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk anda gunakan bagi meningkatkan hasil jualan anda secara keseluruhannya.

Facebook,Bercerita,Bermanfaat

  • Mulakan langkah dengan menceritakan perkara-perkara yang menarik dalam perniagaan, bagaimana anda memulakan perniagaan dan selitkan tips dan langkah yang bermanfaat untuk rakan-rakan anda gunakan untuk meniaga.
  • Bina fanpage perniagaan anda sendiri dan berikan satu sentuhan yang unik dan lain dari yang lain supaya anda kelihatan berbeza dengan pesaing-pesaing anda.

Ceriakan Customer anda

  • Minta kebenaran customer anda untuk bergambar bersama anda atau di gerai anda dan minta kebenaran untuk diuploadkan di fanpages gerai makanan anda,dengan ini mereka akan mula keep in touch dengan anda begitu juga rakan-rakan mereka.
  • Selalu tanya pelanggan anda ” Makanan ok tak Bang? ” “Kalau tak sedap bagi tahu” suruh customer berikan feedback jujur tentang makanan anda dan suruh mereka recommendkan kepada rakan-rakan mereka jika mereka berpuas hati.

Surprise Gift Jangan Kedekut ikut masa

  • Dalam dunia ini semua orang suka benda free jadi untuk membuatkan mereka suka kepada anda pastikan anda berikan apa yang mereka suka oleh kami sarankan kepada anda supaya sekali sekali anda boleh memberikan product anda secara percuma kepada customer anda yang anda lihat berpotensi.
  • Jika anda lihat customer anda bersusah payah mencari duit syiling untuk membayar anda just cakap “tak pe bang 20sen tu sy halalkan” nampak kecil tapi impaknya sangat besar.

Rumusannya bagi seorang peniaga anda perlukan satu connection yang kuat dengan masyaratkat dan untuk membina connection ini anda perlu melakukan perkara-perkara yang masyarakat suka,jadi tips2 diatas adalah sebahagian daripada beribu-ribu tips yang boleh membuatkan masyarakat suka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.