Cara Buat resume yang baik Contoh resume terbaik

0
2325
Cara Buat resume yang baik Contoh resume terbaik

Cara Buat resume yang baik | Tahukan anda 90% permohonan ditolak kerana resume mereka yang tidak mengikut kehendak majikan atau terlalu banyak perkara dan warna yang dimasukkan sehingga membuatkan mata majikan anda pening dan terus mengtongsampahkan resume anda tanpa membaca apa yang anda tulis. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku kami ingin berikan beberapa tips penulisan resume yang akan membuatkan majikan anda membacanya satu persatu isi kandungan resume anda, Tips ini juga digunakan pakai oleh Career Preparation Workshop yang dijalankan di universiti-universiti tempatan untuk persediaan pelajar-pelajar memasuki alam pekerjaan.

Cara Buat resume yang baik

FORMAT

Pastikan anda mengikut format normal dalam penulisan seperti penggunaan font,bullet dan bold perkara-perkara yang penting dan yang paling penting kemas dan simple.

Isi Kandungan

  1. Gambar
  • Jika dinegara-negara luar pengguna photo sudah tidak revelan didalam resume namun dimalaysia masih lagi diguna pakai oleh itu pastikan anda sediakan satu gambar yang kemas dan profesional untuk dilekatkan sekali dengan resume anda.

2. Contact

  • Nama penuh,No telefon dan email adalah perkara wajib yang harus dimasukkan didalam ruangan contact, Alamat hanya perlu nyatakan kawasan tempat anda tinggal tidak perlu masukkan alamat penuh.

3. Education

  • Anda tidak perlu masukkan segala kelulusan anda atau sijil anda daripada darjah satu cukup sekadar kelulusan daripada SPM dan keatas termasuk cgpa dan lain-lain yang penting.

4. Pengalaman Kerja

  • Tuliskan pengalaman anda berkerja termasuk no telefon references.

5) Skills

  • Perkara wajib yang harus anda masukkan adalah skill jadi pastikan anda masukkan skill anda yang boleh membantu anda menjawat jawatan yang hendak dipohon.

6) Reference

  • Reference adalah orang yang boleh dihubungi untuk mengesahkan segala maklumat yang anda berikan adalah benar.

7. Cover Letter

  • Cover letter adalah pelengkap kepada resume yang baik jadi pastikan anda menyediakan cover letter anda.

 

Berikut adalah 7 perkara yang wajib anda masukkan didalam resume kami harap ianya dapat memberikan anda beberapa idea untuk membuat resume yang baik dan bagi mereka yang berminat untuk muatturun contoh resume terbaik anda boleh muatturun disini.dan jangan lupa share kepada kawan-kawan

Muatturun resume

Jangan lupa share kepada kawan-kawan anda

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here