Cara bina kabel dalam LinkedIn | Jika anda mohon jawatan kosong swasta suggestion daripada orang dalam atau mereka yang telah berkerja didalam syarikat yang ingin anda mohon pastinya akan memberikan kelebihan daripada pemohon-pemohon yang lain.
Oleh kerana itu hari ini kami akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk anda bina kabel anda sendiri menggunakan laman social untuk golongan profesional dan tempat hr-hr berkumpul iaitu Linkedin.
Cara bina kabel dalam LinkedIn
Setup Profile Linkedin ( Professional )
- Gambar Profile: Perkara utama yang harus anda lakukan adalah upload gambar profile yang profesional dan kemas dan jangan lupa untuk senyum. Seperti yang kita semua tahu first impression sangat penting.
- Headline yang memukau: Bahagian ini adalah bertujuan untuk memberitahu siapa diri anda dan apa yang anda mampu lakukan dalam beberapa patah perkataan.
- Summary : Tuliskan pencapaian yang anda rasa penting untuk majikan tahu jika anda tidak keberatan anda boleh muatnaik video resume iaitu video yang anda bercakap tentang isi kandungan resume anda.
- Penuhkan segala Maklumat yang diperlukan : Education,skill,bahasa, kerja amal yang anda lakukan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
- Gunakan Custom Url contoh: https://www.linkedin.com/in/NAMA ANDA/
Selesai anda lakukan perkara diatas anda boleh mulakan mencari kabel anda bagaimana caranya?
Anda hanya perlu tekan dibahagian My Network dan LinkedIn akan mencari orang-orang yang mungkin anda mahu berkenalan contohnya seperti dibawah:-
Cara untuk berkawan dengan orang-orang hebat ini anda hanya perlu tekan connect dan tunggu mereka menerima permohonan anda kemudian anda boleh start membina kabel anda dengan mereka seperti komen diruangan status mereka ( komen membina bukan kecam atau spam PM).
Update Status anda dalam keadaan Profesional
Kemaskini status linkedIn anda dengan perkara-perkara yang menarik yang anda lakukan didalam bidang kerjaya yang anda inginkan jadi jika CEO-CEO dan HR-HR yang telah anda add tadi membaca status anda mereka tahu anda adalah seorang yang mahir dalam bidang itu dan jika ada kekosongan andalah orang yang mereka perlukan.
Kami berharap dengan sedikit perkongsian ini ianya dapat membantu anda untuk mendapatkan jawatan yang anda inginkan dengan mudah. Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda jika anda rasa ianya bermanfaat.