Blogging Boleh Buat Duit Ke? | Ramai yang bertanya betulke dengan berblogging kita boleh menjana pendapatan yang lumayan dan jawapannya ialah betul dan salah. Betul, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan jika anda seorang yang suka menulis dan suka bercerita,minat adalah kunci utama untuk berjaya .Salah, anda tidak boleh menjana pendapatan jika anda tidak berminat dan tidak suka menulis dan hanya berblogging untuk duit.
Hari ini mungkin berblogging sudah semakin dilupakan tidak seperti zaman kami dahulu dimana menjana pendapatan melalui blog adalah sangat popular dan sangat berkesan namun sejak beberapa hari ini sudah banyak kita baca headline jana pendapatan dengan Instagram, buat duit dengan facebook , Teknik duit dari twitter,whatapps dan sebagainya dan buat duit dengan berblogging seperti sudah ketinggalan zaman namun hakikatnya ramai blogger-blogger diluar sana sudah menjana puluhan ribu sebulan hanya dengan berblogging.
Blogging Boleh Buat Duit Ke?
Berbalik kepada soalan blogging boleh buat duit ke? hari ini kami gkerjaya akan ceritakan dan berikan tips bagaimana untuk anda mulakan berblogging dengan minat dan menjana pendapatan sampingan melalui berblogging walaupun sampingan tapi kadang kala ianya boleh melebihi gaji seorang doctor.
Pilih Minat anda
- Anda berblogging dengan apa yang anda minat untuk menulis,Jika anda photographer anda tulis mengenai gambar,jika anda programming anda tulis mengenai programming,jika anda suka menulis suka bercerita anda tulis isu-isu semasa,jika anda doctor anda tulis mengenai kesihatan,jika anda suka memasak anda tulis mengenai memasak tak kira lah apa pun yang anda suka anda tulis dan saya jamin jika anda menulis tentang apa yang anda minat anda tidak akan putus asa dan apabila anda sudah lepasi tahap kesabaran ini maka pendapatan anda akan datang dengan sendirinya.
- Ramai blogger gagal menjana pendapatan hanya kerana mereka tidak sabar dan terlalu mengejar pendapatan daripada berblogging yang akhirnya menyebabkan mereka gagal.
Belajar Ilmu Laman Web
- Didalam dunia ini ada bertrillion-lion laman web jadi tugas anda untuk tonjolkan laman web anda di mata masyarakat ianya kedengaran susah tetapi yakinlah ianya tidak susah seperti yang anda bayangkan.
- Baca syarat-syarat google
- Jangan copy paste
- Apa itu SEO
- Dan Lain-lain jika hendak diceritakan ianya sangat panjang mungkin kami akan ceritakan dilain post.
Mulakan sekarang
Ya,anda perlu mulakan sekarang….jika seorang doctor perlukan masa 4 sehingga 6 tahun belajar sebelum menjadi doctor dengan berhuntang puluhan ribu untuk mendapat gaji RM4,000 hingga RM10,000 sebulan blogging juga begitu anda perlukan 4 sehingga 6 tahun penulisan sebelum anda berjaya menjana pendapatan RM4,000 hingga RM10,000.
Penutup
Mungkin satu page tidak cukup untuk kami terangkan kepada anda secara menyeluruh cara untuk menjana pendapat melalui berblogging tetapi kami harap anda dapat melihat gambarannya yang cuba kami sampaikan dan ianya boleh membangkitkan semangat anda untuk terus berusaha maju kehadapan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan sila tinggalkan diruangan commend dibawah kami menjawabnya.
nice sharing!
akan diapply untuk masa hadapan yang lebih cemerlang….
insyaAllah….
thanks