Bantuan Tunai RM1000 untuk Mangsa Banjir | Mungkin semua orang sudah sedia maklum baru-baru negara kita di kejutkan dengan banjir besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini di selangor dan kuala lumpur oleh yang dimikian pada 20 Disember kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan tunai kepada semua mangsa banjir.
Bantuan dengan peruntukan sehingga RM100juta ini akan diberikan bagi membantu dan memulihkan segala infrastruktur yang rosak akibat daripada banjir yang besar ini.
Bantuan Tunai RM1000 untuk Mangsa Banjir
Selain daripada itu kerajaan juga memberikan cuti untuk mangsa-mangsa banjir serta semua majikan tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja mereka yang ditimpa musibah ini.
Bagaimana untuk memohon Bantuan banjir RM1000
Buat masa sekarang masih lagi belum diberitahu bagaimanakah kaedah yang akan digunakan untuk memberikan bantuan ini namun begitu setiap ketua keluarga yang dilanda banjir pasti akan menerima bantuan RM1000 ini.
Kami akan kemaskini maklumat lanjut tentang bantuan ini dari masa ke semasa jadi jangan lupa untuk terus layari laman web kami gkerjaya.com