Sunday, September 24, 2023
HomeBerita KerjayaBantuan Selangor Bangkit RM10,000 Untuk Mangsa Banjir

Bantuan Selangor Bangkit RM10,000 Untuk Mangsa Banjir

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Bantuan Selangor Bangkit RM10,000 Untuk Mangsa Banjir | Berita gembira kepada seluruh rakyat negeri selangor yang terkesan akibat daripada banjir yang melanda baru-baru ini berikut adalah berita gembira yang diumumkan selepas Sidang media Khas Situasi Banjir di Selangor.

Bantuan Selangor Bangkit RM10,000 Untuk Mangsa Banjir

  1. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 100 juta Ikhtiar Selangor Bangkit di mana RM 20 juta bagi operasi pembersihan dan pemulihan manakala RM 80 juta bagi pembinaan semula infrastruktur.
  2. Kerajaan Negeri menyumbang RM 10 ribu kepada setiap keluarga mangsa banjir yang terkorban di Selangor. Manakala sumbangan RM 1 ribu kepada setiap mangsa banjir di Selangor.
  3. Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam dan usahawan HIJRAH yang terkesan dengan bencana banjir.Implikasi kewangan adalah RM 15 juta.
  4. Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran bil air selama sebulan kepada semua akaun-akaun yang terkesan dengan banjir.
  5. Menubuhkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit dan mengalu-alukan sumbangan dari syarikat swasta, korporat dan GLC serta individu. Sebagai permulaan, Menteri Besar Selangor menyumbang satu bulan gaji kepada tabung ini.
  6. Sepanjang Operasi Mencari dan Menyelamat, sebanyak 453 jentera dan kenderaan daripada pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seperti Angkatan Pertahanan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA.

Jadi kepada seluruh rakyat selangor yang dilanda musibah ini jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan bagi meringankan beban anda.

Sumber

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments