Bagaimana lelaki ini simpan RM27600 dalam tempoh 3 tahun untuk berkahwin | Kisah ini dikongsikan oleh Amir Sharir yang kami rasa harus untuk kita semua tahu bagaimana teknik dan langkah yang bijak untuk menyimpan dan tips ini lebih kepada untuk orang yang hendak berkahwin dalam masa 3 tahun daripada sekarang.
Bagaimana lelaki ini simpan RM27600 dalam tempoh 3 tahun
Bagaimana Caranya
- Caranya mudah anda hanya perlu membuat pelaburan ASB RM50ribu untuk tempoh 30 tahun dan kadar bayaran bulanan RM300.
- Biarkan dividen anda setiap tahun jangan pernah sentuh untuk tempoh 3 tahun ( rate sekarang 7.25).
- Dalam tempoh tiga tahun anda terminate akaun anda dan apa yang akan anda dapat ialah:-
Dividen kompounding: RM11,600
Pulangan prinsipal: RM2200
Jumlah kasar: RM13,800
Jadi disini anda dapat lihat anda mempunyai RM13800 simpanan dalam tempoh 3 tahun dengan simpanan rm300 sebulan. Jika anda membuat simpanan biasa anda hanya akan memperolehi RM10800 sahaja dalam tempoh 3 tahun.
Ehhh kejap ini baru RM13,800 tadi cakap RM27,600
Untuk berkahwin pastikan anda jangan sekali berhutang hanya semata-mata ingin kelihatan seperti puteri atau seorang raja dihari persandingan ini kerana perjalanan hidup selepas berkahwin masih lagi panjang jadi jika anda sudah ada pasangan suruh pasangan anda melakukan perkara yang sama dan jika RM13,800 X 2 jadilah RM27,600 dan duit ini lebih daripada cukup untuk membuat majlis kenduri bagi kedua-dua pihak (normal).
“Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya.” – riwayat ahmad (sumber rujukan)
Kita berkahwin adalah untuk mencari keberkataan daripada Allah s.w.t bukannya dari manusia oleh mahar tidak perlu tinggi-tinggi cukup sekadar kemampuan pasangan anda.
p/s: Kami nasihatkan anda sebelum anda membuat sebarang pelaburan ASB pastikan anda bertanya kepada mereka yang pakar dari pihak bank yang menawarkan skim pelabuaran ASB ini.