8 perkara yang tak patut anda lakukan tahun 2017 | “Dikatakan” 2017 adalah tahun yang paling sukar untuk malaysia dimana tekanan hidup akan terus meningkat dan peluang-peluang pekerjaan semakin mengecil oleh itu untuk mengelakkan sebarang perkara-perkara buruk berlaku kami berikan 8 perkara yang tak patut anda lakukan tahun 2017.
8 perkara yang tak patut anda lakukan tahun 2017
-
Mohon Kad Kredit
Jika anda bercadang untuk membuat permohonan kad credit kami cadangkan untuk anda tahan dulu diri anda ini kerana menambah hutang bukannya jalan yang sesuai untuk anda lakukan pada tahun 2017.
2. Tidak Urus Kewangan Bulanan dengan betul
Untuk tahun 2017 ini pastikan anda membuat pengurusan kewangan dengan betul dan mengira semua aliran wang yang keluar dan masuk setiap bulan dan elakkan daripada membeli atau berbelanja melebihi had yang telah ditetapkan. Jika ada bill- bill bulanan yang tidak perlu seperti astro dan lain-lain sila batalkan.
3. Elakkan diri berkahwin dengan Personal Loan
Jika anda ingin kawin pada tahun 2017 sila elakkan diri daripada melakukan personal load biar simple asalkan bahagia, Jika anda membuat personal load ianya akan menambah komitmen bulanan anda dan menyebabkan kesukaran untuk anda membeli rumah dan lain-lain yang perkara yang lebih penting.
4. Tak Simpan Duit
Mula menyimpan hari ini sekurang-kurangnya 10%Â daripada gaji anda setiap bulan dan elakkan berbelanja dengan perkara-perkara yang tidak perlu seperti membeli iphone 7 plus dan lain-lain yang tidak berfaedah.
5. Beli kereta Idaman
Beli kereta tidak salah tetapi jika gaji anda RM2000 dan beli kereta idaman anda  yang perlu membayar RM700/sebulan ianya akan menyebabkan anda mengalami tekanan hidup sepanjang tempoh hutang oleh itu elakkan diri daripada membeli kereta yang anda tidak mampu boleh baca Kereta dan Kemampuan Tips Beli Kereta Untuk Berjaya.
6. Acah Travel
Sekarang ini dah jadi trend anak-anak muda acah-acah jadikan travel sebagai hobi sedangkan bajet ciput,merempat tepi jalan pun tak kisah asalkan boleh upload gambar di facebook. Jadi kepada mereka atau ingin acah-acah travel ni admin nasihatkan anda hentikan budaya ini jika bajet anda hanya ada ciput2 atau terpaksa ikat perut demi travel lebih baik anda simpan duit anda untuk pelaburan masa hadapan.
7. Jangan Menganggur
Nak cari kerja dalam bidang yang kita minat sekarang memang sukar oleh itu kami nasihatkan anda untuk cuba mohon sebanyak yang boleh jawatan-jawatan yang berkelayakan untuk anda dan cuba pastikan anda tidak menganggur pada tahun 2017 dan rajin-rajin lah layari laman web ini sebab kami sentiasa update jawatan kosong terkini di seluruh malaysia.
8. Elakkan diri daripada di tipu
2017 juga adalah tahun lahirnya penipu-penipu yang cuba menyamar untuk membantu anda mengatasi masalah kewangan anda oleh itu kami nasihatkan anda untuk berhati-hati dengan penipuan ini mereka datang dalam pelbagai bentuk tetapi matlamat mereka adalah satu untuk menipu duit anda.
8 perkara diatas adalah perkara yang harus anda elakkan dan kami harap ianya boleh membantu anda sedikit sebanyakkan untuk terus berlayar dengan laju ke destinasi 2018.