5 kesalahan yang wajib anda tahu semasa Interview | 2017 hampir menutup tirai dan 2018 akan membuka satu lembaran baru bagi kehidupan kita bagi sesiapa yang masih belum berkerja atau sedang mencari kerja sememang di saat dan bulan-bulan akhir ini anda perlu berusaha lebih keras bagi memastikan anda sudah berkerja pada tahun 2018 yang akan datang.
Dan apa yang kami tuliskan hari ini adalah 5 kesalahan yang wajib anda tahu bagi memastikan anda lebih menonjol berbanding pesaing-pesaing anda.
Berikut adalah beberapa kesilapan biasa calon yang sering diabaikan semasa temuduga dan sila pastikan anda mengelakkan diri melakukan kesalahan-kesalahan ini.
5 kesalahan yang wajib anda tahu semasa Interview
- Datang lewat
Sila pastikan anda bangun awal dan datang awal ke tempat temuduga kadang kita tak tahu apa yang akan jadi sepanjang perjalan jem,kemalangan, uber datang lambat dan lain-lain jadi pastikan anda hadir awal. Dan jika anda mempunyai masalah kecemasan sila pastikan anda hubungi panel penemuduga secepat mungkin.
2. Butiran tidak jelas dalam CV atau Resume
Resume dan CV ni memang ramai graduate gagal melakukan admin pun dah letih tulis tutorial tentang tips untuk buat resume yang baik ni . Jadi semasa menulis resume pastikan anda menulis kemahiran anda yang ringkas dan khusus untuk jawatan yang anda ingin pohon manakala untuk CV anda perlu menulis dengan penuh detail tentang diri anda boleh rujuk Perbezaan antara CV dan Resume yang harus anda tahu
3. Berbohong
Untuk pengetahuan anda panel penemuduga di latih untuk mengesan pembohongan anda jadi jangan sekali membohong kerana mereka tahu, dan jika anda mendapat kerja hasil daripada pembohongan anda ianya tidak akan bertahan lama cepat atau lambat ianya akan terbongkar juga.
4. Tidak bersedia
Pastikan anda hadir semasa sesi temuduga dengan ilmu yang penuh didada tentang jawatan yang anda pohon dan syarikat yang anda ingin berkerja berikan beberapa fakta tentang syarikat semasa temuduga dijalankan akan berikan anda satu bonus point yang sangat tinggi. Sila pastikan juga anda membawa semua dokumen-dokumen yang diminta dan diperlukan.
5. Memburukkan bekas majikan dan rakan-rakan pejabat lama
Biasanya memang ramai yang berhenti kerja sebab boss dan rakan-rakan pejabat yang kurang senang dengan anda dan selalu melakukan hal-hal yang menyebabkan anda sakit hati dan membara namun jika panel penemuduga menanyakan soalan ” Mengapa anda tinggalakan syarikat anda sebelum ini ” pastikan anda menjawab dalam keadaan positif. Jangan bercerita tentang keburukan majikan anda walaupun sedikit.
Jadi jika anda pergi kemana-mana sesi temuduga sila pastikan anda tidak melakukan 5 kesalahan ini dan kami doakan kejayaan anda didalam bidang kerjaya yang anda pilih.
Tolong sebarkan kepada rakan-rakan jika ianya bermanfaat.