4 perkara ini wajib ada pada resume anda

1
9896
4 perkara ini wajib ada pada resume anda

4 perkara ini wajib ada pada resume anda | Kebanyakkan graduan-graduan dimalaysia masih gagal menulis resume dengan baik yang menyebabkan mereka ini gagal untuk memiliki kerjaya idaman mereka, oleh kerana itu kami ingin kongsikan 4 perkara yang wajib ada didalam resume anda.

Sebelum kami menceritakan lebih lanjut anda harus faham resume adalah bersifat ringkas dan padat dan bersesuaian dengan jawatan yang anda mohon lain-lain maklumat yang tidak ada kaitan dengan jawatan yang anda pohon adalah tidak diperlukan berbeza dengan cv anda boleh baca Perbezaan antara CV dan Resume yang harus anda tahu untuk maklumat lanjut.

4 perkara ini wajib ada pada resume anda

1. Maklumat Peribadi

Pastikan anda berikan maklumat peribadi anda seperti Nama, Alamat, Email dan fon number yang betul dan ingat!! pastikan anda boleh membuka email anda selalunya masalah yang  admin terima mereka ini tidak dapat membuka email kerana terlupa passport oleh kerana itu mereka terlepas peluang untuk menerima jemputan temuduga.

2. Pengalaman

Pastikan anda hanya menuliskan pengalaman-pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja yang anda mohon sekarang. Pengalaman yang tidak ada kaitan tidak perlu ditulis didalam resume.

3. Pendidikan

Hanya masukkan butiran pendidikan yang berkaitan dan diperlukan anda tidak perlu memasukkan butiran pendidikan anda daripada darjah 1 sehingga anda mempunyai ijazah. Walaupun kedengaran seperti lawat tetapi masih ramai graduan yang melakukan perkara ini.

4. Kemahiran

Jika anda memohon jawatan sebagai akauntan pastikan anda menulis kemahiran anda yang berkaitan dengan akauntan tidak perlu masukkan kemahiran memasak atau sebagainya.

5. TIPS BONUS

Jika anda benar-benar inginkan pekerjaan pastikan anda membaca dengan teliti syarat-syarat pelantikan jawatan yang ingin anda mohon dengan teliti dan cuba untuk menyemak betul-betul segala maklumat didalam resume anda dan pastikan ianya bertepatan dengan kehendak jawatan yang hendak dipohon elakkan daripada melakukan sebarang kesalah atau spam resume anda berkali-kali ke email majikan.

Rumusannya 5 perkara ini adalah asas untuk anda membuat permohonan kerja melalui resume dan semasa anda menulis resume anda pastikan anda sentiasa ingat resume adalah suatu perkara yang sangat ringkas tetapi padat dengan maklumat-maklumat diperlukan untuk melayakkan diri anda mengisi kekosongan jawatan yang hendak dipohon.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.