3 Cara Student Menjana Pendapatan Tambahan

0
1376

3 Cara Student Menjana Pendapatan Tambahan | Sebagai seorang pelajar di IPTA/IPS duit pinjaman atau biasiswa semestinya tidak pernah cukup untuk menampung kehidupan sebagai pelajar tambahan pula kepada pelajar-pelajar yang aktive dan sukakan aktiviti-aktiviti luar seperti melancong dan lain-lain.Jadi disini ingin memberikan beberapa ideal bagaimana anda seorang student mampu menjana pendapatan tambahan dan menyelesaikan masalah kewangan anda.

3 Cara Student Menjana Pendapatan

Menjual Buku Teks / Rujukan Secondhand

Teknik ini adalah teknik 0 kos dimana anda hanya menjadi orang tengah diantara penjual dan juga pembeli konsepnya sangat mudah :-

  • Anda himpunkan buku-buku text / rujukan secondhand dengan membelinya dengan harga 40% daripada harga asal dan menjualnya dengan harga 60% atau lebih daripada harga asal (keuntungan diantara 20%) dan setiap buku anda masukkan satu nametag supaya setiap kali anda tahu buku siapa yang telah dijual bagi memudahkan urusan pembayaran.
  • Anda hanya membayar kepada penjual buku secondhand hanya selepas buku mereka berjaya dijual oleh anda.
  • Bagaimana urusan untuk mengumpulkan buku, dan kerja-kerja selepas itu kami serahkan kepada anda untuk berfikir sebagai pelajar IPT kami yakin anda boleh berfikir bagaimana caranya tanpa perlu kami beritahu.

Menjual Nasi Ekonomi

Ianya mungkin perkara yang diharamkan bagi sesetengah IPT tetapi tahukan anda student atau pelajar yang tinggal didalam asrama/hostel mereka sangat lapar dan sukakan ekonomi jadi kenapa tidak anda sediakan keperluan mereka ini?

  • Teknik ini hanya untuk mereka yang mahir dalam bidang masakan dan dilakukan oleh pelajar yang terlebih senior atau jadual mereka yang tidak padat.
  • jika setiap bungkus anda untung rm0.50 anda hanya perlukan 100 bungkus untuk dapatakan keuntungan rm50 sehari.
  • Just walking bawak 100 bungkus ketuk pintu bilik asrama.

Freelancer

Freelancer adalah gelaran bagi mereka yang mengambil upah dalam bidang-bidang tertentu secara sambilan. Jadi disini gunakan kemahiran anda untuk menjana pendapatan kami yakin setiap pelajar IPT malaysia mempunyai kemahiran yang mampu diasah untuk dijadikan kilang emas antara contoh kerja freelancer.

  • Persembahan pandai menari,menyanyi Dj
  • Photographer
  • Web,graphic lain-lain bidang it yang berkaitan.
  • Meniaga Online (akan kita bincangkan di post yang lain)
  • Banyak lagi

Kami harapkan artikal ini mampu memberikan anda sedikit ideal bagaimana untuk anda menambah pendapatan sebagai seorang pelajar disamping memberikan anda pengalaman tentang kehidupan yang sebenar yang sangat indah untuk ditempuhi. Kami juga menyeru kepada student-student dimalaysia supaya jangan sesekali terjebak dalam dunia MLM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.