Monday, December 4, 2023
HomeTips Kerjaya3 cara jana income tambahan 2022

3 cara jana income tambahan 2022

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

3 cara jana income tambahan 2022 | Gaji minima rm1,200 sememangnya tidak akan cukup walaupun anda telah cuba sedaya upaya untuk berjimat.

Oleh kerana itu hari ini kami ingin berikan 3 cara untuk anda menjana pendapatan tambahan dengan mudah tanpa perlu sebarang komitmen yang tinggi.

3 cara jana income tambahan 2022

Ehailing Grab rider / Grab Car / Foodpanda

  • Jika kerjaya hakiki anda bermula dari jam 7 pagi hingga jam 6 petang anda boleh cuba untuk menjalankan part-time sebagai rider/pemandu Grab atau Foodpanda.
  • Dengan berkerja selama lebih kurang 4 jam kemungkinan anda boleh menjana sekurang-kurangnya Rm30 sehari.
  • Jika sebulan anda melakukan pekerjaan ini selama 20 hari dengan purata 4 jam sehari kemungkinan minima anda boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya Rm600/Bulan .
  • Mungkin Rm600 kelihatan tidak banyak tapi ianya mampu membayar sewa rumah anda tanpa perlu anda menyentuh gaji kerja hakiki anda.

Rider Lalamove

  • Jika anda inginkan kerja yang lebih santai dan tidak terlalu sibuk seperti grab atau foodpanda anda mungkin boleh mencuba lalamove ,
  • Sama seperti Grab dan foodpanda anda tidak terikat dengan waktu anda boleh mula bekerja mengikut masa anda sendiri.
  • Dengan menjadi rider lala move anda juga mampu menjana sekurang-kurangnya Rm30 dengan masak kerja lebih kurang 4jam.
  • Jika grab/foodpanda anda perlu menghantar beberapa orang untuk dapatkan rm30 tetapi
    di lalamove kemungkinan anda hanya perlu hantar 2 barang untuk dapatkan kadar upah rm30.
  • Anda boleh register sebagai rider lalamove disini

Buat content

  • Mungkin anda tidak boleh buat grab, foodpanda atau lalamove tetapi anda masih lagi ingin menjana pendapatan tambahan kami sarankan anda mula buat content di social media.
  • Macam mana anda boleh menjana pendapatan dengan “buat content” tak perlu la admin bagi tahu kerana semua orang tahu jika anda mempunyai pengaruh di social media anda jual batu pun orang akan beli, jadi mula dari sekarang buat content di social media anda.
  • Antara contoh orang yang buat content dan jadi kaya ialah khairul aming , dengan bermula buat content resepi di IG kini terkenal dan jualan sambal nyetnya laku sepantas kilat.

Rumusannya 3 cara jana income tambahan 2022 harapnya dapat membantu kita semua untuk menjana lebih banyak pendapatan dan admin ingin petik kata-kata seorang warga asing yang bekerja dimalaysia, Katanya Bumi malaysia ini sangat bertuah kita hanya perlu bermodalkan kerajinan untuk berjaya.

Dan bagi mereka yang masih lagi belum mempunyai sebarang pekerjaan anda boleh cuba membuat permohonan jawatan-jawatan kosong terkini yang ditawarkan di pautan telah kami sediakan berikut.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments