3 Aplikasi pelaburan di malaysia yang Trusted dan Sah | Apabila dengar tentang pelaburan pasti ramai akan mengangap ianya satu penipuan dan ramai juga di kalangan kita tertipu dengan pelaburan-pelaburan palsu seperti judi online forex, pelaburan-pelaburan skim cepat kaya dan sebagai. Oleh kerana itu hari ni bagi mengelakkan anda daripada ditipu dengan aplikasi penipu yang berada dimalaysia kami ingin berikan 3 Aplikasi pelaburan di malaysia yang Trusted dan Sah yang boleh anda gunakan untuk melabur secara online.
3 Aplikasi pelaburan di malaysia yang Trusted dan Sah
1. Rakuten Trade
Rakuten trade membolehkan anda terus membuat pelaburan di bursa malaysia dan juga US Stock Market terus secara online dengan mudah dan pantas.
Antara kelebihan Rakuten Trade juga adalah anda boleh membuat pelaburan dengan brokerage fee yang sangat rendah dan sangat sesuai untuk pemula.
Seperti kebiasaan pelaburan di stock market anda haruslah memilih stock-stock yang patuh shariah jika anda seorang yang beragama islam.
2. LUNO
Luno adalah aplikasi pelaburan yang membolehkan anda membuat pelaburan di matawang cripto seperti LITE COIN , BITCOIN , XRP dan juga Ethereum.
Selain daripada itu LUNO juga mendapat kelulusan daripada suruhanjaya securiti malaysia dan juga disahkan patuh syariah.
Jadi jika anda berminat untuk membuat pelaburan didalam matawang kripto anda boleh muatturun aplikasi luno dan boleh mula melabur di luno dengan selamat.
3. Hello Gold
Aplikasi Pelaburan Hello Gold adalah tempat untuk anda membuat pelaburan emas dengan harga yang sangat rendah serta anda juga boleh membuat pengeluaran emas sebenar apabila cukup jumlah-jumlah yang telah disediakan seperti 1g 5g 10g atau 1kg mengikut kepada jumlah gold yang berjaya anda simpan.
Selain itu hello gold juga adalah pelaburan yang patuh syariah dan sangat sesuai untuk anda mula membuat penyimpanan emas menggunakan Hello Gold
Jadi kami berharap dengan 3 Aplikasi pelaburan di malaysia yang Trusted dan Sah ini anda tidak lagi menyertai mana-mana aplikasi pelaburan yang menipu terutamanya aplikasi pelaburan forex yang sudah disahkan haram serta banyak menyimpang daripada pelaburan yang sebenar.